
Aura, atau juga dikenali dengan nama Energy Body, Bioplasmic, Pranic Body, Qarin, Vital Body, Etheric Body atau Tubuh Pendua secara asasnya adalah visual satu bentuk tenaga badan/diri yang terpancar dan mengelilingi tubuh kita dalam arah berlawanan jam dari ubun kepala dan berputar sehingga ke hujung kaki dengan 7 kelenjar utama tubuh sebagai pusat putaran. Jaluran tenaga elektomagnetik ini mengelilingi tubuh fizikal kita dan mempunyai warna-warna yang tersendiri dan individu yang mempunyai Aura yang baik adalah individu yang mempunyai aura yang berbentuk oval yang cantik, berwarna pelangi (7 warna) dan juga bersaiz besar.
Jenis-jenis Aura
Terdapat 4 jenis aura yang utama. Di antaranya adalah:- Aura yang seimbang (gambar)
- Aura tekanan, kerja keras dan kebijaksanaan (gambar)
- Aura emosi yang kuat, pemarah dan perungus (gambar)
- Aura spiritual (gambar)
Penghasilan Aura Seri dan Aura Genius
Menyedari potensi perniagaan dan atas tujuan mendidik masyarakat mengenai sains baru ini, pihak Positive Image Resources telah mengambil langkah dinamik dan inisiatif menjadi perintis teknologi Aura nombor satu di Malaysia ini dan seterusnya memperkenalkan satu-satunya produk yang telah diuji secara klinikal di pusat penyelidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan telah mendapat pengiktirafan antarabangsa daripada International Institute of Health Science, Open International University for Alternative Medicine dan juga Positive Life Foundation yang terbukti dapat membantu memperbaiki dan mengekalkan Aura positif seseorang selain dari digunakan secara meluas bagi wanita dan juga lelaki sebagai produk kecantikan.Aura Seri dihasilkan dengan gabungan 7 jenis minyak pati bunga yang diekstrak secara semulajadi yang mewakili 7 warna dan frekunsi yang dipertenagakan dengan butiran Kristal terpilih, garam Kristal bermutu tinggi, tenaga bunga emas dan juga tenaga alam semesta. Selain baik untuk meningkatkan mutu Aura seseorang, Aura Seri juga sinonim dengan 1001 kahsiatnya dan telah dimanfaatkan oleh ribuan pengguna yang berjaya mengubah personaliti dari negatif ke positif dan menjalani kehidupan yang lebih baik selain sinonim dikalangan kaum wanita sebagai produk kecantikan yang membantu menyerlahkan seri wajah mereka. Selain dari itu, Aura Seri juga boleh digunakan untuk tujuan penyembuhan luka kecil dan kecederaan minyak panas selain dari resdung. Aura Seri juga sesuai untuk digunakan sebagai medium Aromatherapy dan juga melegakan stress dan merupakan rahsia kesempurnaan untuk kehidupan yang lebih positif.







