PROFIL PUAN IRA - PENGARAH EKSEKUTIF POSITIVE IMAGE RESOURCES

Puan Ira
Pengarah Eksekutif Positive Image Resources
 

 

BIODATA PUAN IRA - PENGASAS POSITIVE IMAGE RESOURCES

Nama Penuh
Nor Zaina Bt Ghani
Umur
30 Tahun
Status
Berkahwin dan mempunyai 2 cahaya mata
Nama Syarikat
Positive Image Resources
Tahun Ditubuhkan
2003
Jawatan
Pengarah Eksekutif Positive Image Resources
Pengasas Aura Seri & Aura Genius
Pengasas Aura Seri Spa & Beauty
Pengasas Aura Seri Cosmetics (skin care series)
Alamat Syarikat
40, Jalan 6/21D,
Medan Idaman Business Centre,
53100 Gombak, Kuala Lumpur
Kelulusan
Diploma Kecantikan in Alternative Medicine
Open International University Of Culcutta India
- Master Reiki
- Aromatherapy
- Herba
- Colour Therapy
- Psikologi
- Mind Therapy
- Perunding Kecantikan
 
Beliau merupakan bekas pelajar SMTA PEKAN dan seorang gadis biasa yang berasal dari kampung yang banyak merantau mecari pengalaman hidup. Berkahwin pada usia yang muda bukanlah menjadi penghalang untuk berjaya. Mengharungi kehidupan yang amat pahit pada usia tersebut menyebabkan beliau lebih matang. bersyukur kerana mempunyai seorang suami yang sangat mengerti dan memahami serta mempunyai motivasi yang tinggi sedikit sebanyak membantu beliau berdiri teguh tanpa memandang kepada kekurangan diri.

Bayangkan di usia yang begitu muda terlalu banyak dugaan yang berat yang mungkin tidak dapat diharungi ketika itu, pernah satu ketika beliau diuji untuk membuat pilihan sama ada memilih keluarga mahupun suami. Atas berkat sokongan suami dan minat yang mendalam kepada kecantikan membuatkan beliau berani menceburkan diri dalam bidang kecantikan ini. Tanpa berbekalkan sebarang pinjaman dan bantuan beliau dan suami memberanikan diri untuk menceburi bidang ini. Bak kata pepatah rezeki tidak datang bergolek. Berkat kesungguhan dan motivasi diri yang tinggi ianya terbukti membawa kejayan.

Kejayaan beliau kini telah dikongsikan bersama dengan mereka yang ingin bersama berjaya seperti beliau dengan menurunkan segala ilmu dan pengalaman yang ada ini beliau kongsi bersama anda semua.

 


PENCAPAIAN

 
Telah melahirkan ramai usahawaan yang berjaya terutamanya golongan wanita bumiputra di bawah syarikat Positive Image Resources yang memasarkan produk berkualiti jenama Aura Seri & Aura Genius.
 
Menerima Anugerah Gatte Fosse (Aromaterapi ) daripada Institute Of Health Science.Open University,India.
 
Dilantik menjadi Mentor/Anchor Program Peruncitan Bumiputra dengan usahasama MARA. Program ini adalah bertujuan melatih,mendidik dan memastikan agar usahawan-usahawan bumiputra ini berjaya di dalam bidang perniagaan yang diceburi. Usahawan-usahawan yang terpilih di bawah program ini akan dibimbing sepenuhnya di bawah syarikat Positive Image Resources. Usahawan-usahawan ini juga akan membawa jenama Aura Seri & Aura Genius di seluruh Malaysia. Pelantikan ini juga telah disampaikan oleh Y.A.B Dato’ Seri Hj.Abdullah Ahmad Badawi.
 
Menjadi Finalis Wanita Ikon Malaysia 2007


SUMBANGAN & AKTIVITI YANG PERNAH DIJALANKAN

Telah menjalankan dan menjayakan program ‘Karnival Amal Kasih Aura Seri’ di Langkawi di mana seramai 100 orang anak-anak yatim yang terlibat dari seluruh Malaysia. Program ini juga merupakan sumbangan Aura seri kepada anak yatim dan memberi peluang kepada stokis-stokis Aura Seri mengambil anak-anak yatim sebagai anak angkat. Program ini juga berlangsung selama 4 hari 3 malam di Sandy Beach Resort Langkawi. Karnival ini juga telah mendapat liputan yang meluas dan mendapat sokongan yang baik daripada pihak polis, bomba, resort dan penduduk Langkawi. Karnival ini juga mendapat liputan dari semua media setak dan elektronik. Karnival ini telah berlansung dengan jayanya dan mungkin menjadi aktiviti tahunan pihak syarikat Positive Image.
 
Konvoi amal bersama Kelab Properd (Kelab Pemilik Proton Perdana) dengan kerjasama Rumah Anak-Anak Yatim Limpahan Kasih.
 
Sumbangan kepada Persatuan Bekas Perajurit bagi membina bangunan untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti amal di negeri Perak.
 
Membantu mangsa-mangsa banjir di Johor bersama-sama karyawan.
 
Sumbangan amal kepada fakir miskin & anak-anak yatim di parlimen Bagan Serai.
 
Memberi sumbangan kepada rumah anak-anak yatim Al-Raudhah.
 
Memberi sumbangan kepada Persatuan Pusat Kebajikan Insan Malaysia.(Anak Yatim)
 
Memberi sumbangan kepada keluarga kurang berkemampuan daerah Ampang. Sumbangan berbentuk hamper dan wang tunai.
 
Menaja serta sumbangan amal dengan kerjasama TV3 dalam rancangan ‘setahun sekali’ ke Rumah Sri Kenangan (Orang tua-tua, Kuala Kubu).Turut menjayakan Dato’ Sheikh & Noraniza Idris.
 
Sumbangan kepada Lembaga Kebajikan Perempuan Islam (Cawangan Kampuang Seri Alam) sempena “Karnival Jualan Amal Bersamamu" yang berlangsung di Dewan Hamzah, MPK Klang pada 28hb Julai 2007.
 
Sumbangan dan menaja kepada Program Gempadah (Gerak Gempur Dadah) Peringkat wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berlangsung di Titiwangsa.
 
Menjadi penaja utama Majlis Hari Ibu yang berlansung di PJ Hilton.
 
Menjadi Penaja Utama program pertandingan pencarian Aura Seri Dian NUR yang bertempat di Universiti Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Ini untuk menghargai guru-guru serta menyambut hari guru peringkat kebangsaan.
 
Dijemput menjadi penceramah di Institut Medical Research (IMR) untuk para-para doktor dan jururawat-jururawat.
 
Dijemput utk mengendalikan bengkel bersama JPSM selama 2 hari di negeri Sabah. Pengisian bengkel terdiri daripada menyentuh tentang etiket sosial, penampilan diri dan isu-isu semasa wanita.
 
Dijemput mengendalikan program bersama INSAN selama 1 hari di Sabah. Pengisian bengkel menyentuh tentang penampilan diri dan imej.
 
Mengadakan bengkel dan menjadi penaja utama bengkel keluarga harmoni bersama Aura Seri ke seluruh zon utara,timur, selatan dan barat. Bengkel tersebut mendapat maklum balas yang positif dan mungkin akan menjadi ia sebagai program tahunan.
 
Dijemput menjadi tetamu di Wanita.fm, Suria.fm, TV3 dan Channel 9 bagi membicangkan isu-isu semasa wanita.
 
Menjadi penceramah dan penaja utama di bawah program seminar menjana minda wanita di Pulau Pinang yang dirasmikan oleh Toh Puan Hjh Majimur Rahman (Isteri kepada Yang Dipertuan Pulau Pinang).
 
Penceramah untuk Program Anchor Usahawan di bawah bimbingan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bertempat di Menara PKNS.
 
Penaja untuk Majlis Hari Bapa dengan kerjasama radio Suria.fm.
 
Salah satu panel dalam menyampaikan kertas pembentangan bertajuk FORUM CANTIK DAN SIHAT – Impak Bioteknologi Dalam Menjana Perniagaan bertempat di Putra World Trade Centre (PWTC) pada 1 Jun 2007. Sempena Enterprise Asia dan Showcase Usahawan, anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (MECD).
 
Menjadi penceramah untuk mahasiswa di bawah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malay
 
Usahasama FINAS dan Aura Seri bagi menjayakan pertandingan mewarna dan senamrobik bertempat di galeri perfileman FINAS Kuala Lumpur.
 
AKTIVITI SOSIAL

Menjadi penaja utama bagi majlis perlancaran futsal di bawah Persatuan Bekas Perajurit Negeri Perak serta merasmikan majlis tersebut.
 
Menaja hadiah bagi pertandingan bowling bagi salah satu rancangan di TV3.
 
Menjadi salah satu penaja Jom Fiesta yang bertempat di Taman Tasik Pemaisuri, Cheras.
 
Menaja Majlis Pencarian Dewi Remaja Aura Seri di Hotel Berjaya Times Square.
 
Menaja Majlis Perjenamaan Semula Majalah HAI terbitan utusan KARYA Sdn.Bhd dan memberi sumbangan kepada anak-anak yatim yang di lancarkan oleh MawiI & Puan Ira.
 
Memberi sumbangan dan bajikan kepada persatuan WHAM (Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia)
 
Menaja tayangan perdana filem pendek Zaleha Ayam Patah yang telah memenangi skrip terbaik yang telah dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Perfileman Malaysia (FINAS) bertempat di KLCC yang dihadiri oleh para karyawan, cendiakawan dan pelajar.
 
Terlibat secara tidak langsung dalam dunia hiburan perfileman dan fesyen.
 
Sering menyokong, menghargai dan mengemari hasil kerja pereka fesyen tanahair seperti Fara Khan, Rizalman Ibrahim, Radzwan Radzwil, Dato’Tom Abang Saufi.
 
Berpeluang menjadi muka hadapan majalah Harmoni.
 
Terpilih menjadi ’20 Most Glamourous’ dalam majalah GLAM.
 
Dijemput memberi ceramah "Membina Usahawan Berjaya" di Genting Highland kepada 100 peserta
 
Menjadi penceramah utama pada Minggu Setiusaha anjuran Utusan Publication & Distribution dan Utusan Karya yang telah mendapat sambutan yang mengagumkan
 
Menjadi panel untuk pembentangan kertas kerja anjuran SpaceUTM pada bengkel Seminar Pentadbiran & Kesetiausahaan Profesional, POTENSI 2008 bertajuk POTENSI Melalui Etika & Komunikasi: Etika Sosial & Personaliti Unggul.
   
   
 
MATLAMAT

Untuk melahirkan lebih ramai usahawan bumiputra terutamanya wanita yang berjaya dalam bidang perniagaan.
 
Melebarkan sayap perniagaan ke peringkat global.
 
Ingin menjadi iIkon dan inspirasi kepada wanita-wanita agar berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.
 
Melakukan lebih banyak kerja-kerja amal dan sumbangan ikhlas kepada yang memerlukan.
 
Ingin menubuhkan Yayasan Aura Seri untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik, khususnya dari aspek pendidikan, kebajikan dan lain-lain.
 
 
kembali...
 


Aura Seri™ adalah tanda perniagaan berdaftar dibawah Perbadanan Harta Intelek M'sia (No Trademark: 05006572) Sebarang duplikasi atau penggunaan tanda perniagaan
Aura Seri™ dalam sebarang cara perlulah mendapat kebenaran dan adalah tertakluk kepada Trade Mark Act 1976 dan juga Trade Mark Regulation 1997
Hak Cipta Terpelihara 2005 - 2008 www.auraseri.com.my
Pengunjung sedang online: 4
Jumlah Pengunjung: