PROFIL SYARIKAT

Puan Ira
Pengarah Eksekutif
Pengasas Aura Seri
Prof Dr. Ibrahim Ahmad
Penasihat
Peformulasi Aura Seri
 
LATAR BELAKANG DAN MATLAMAT SYARIKAT

MATLAMAT SYARIKAT
 
Menjadi rujukan kepada usahawan Bumiputera yang baru mahupun yang telah lama untuk mengendalikan perniagaan.
 
Membuka lebih banyak cawangan Aura Seri mahupun Spa ke kawasan pendalaman.
 
Menjadikan jenama Aura Seri sebagai satu jenama anak melayu yang boleh dibanggakan.
LATARBELAKANG SYARIKAT

Positive Image Resources telah ditubuhkan sejak tahun 2003, syarikat ini dikendalikan oleh 100% bumiputra dan berpengalaman dalam bidang kecantikan dan kesihatan lebih dari 8 tahun. Syarikat ini juga mempunyai lebih dari 10 orang kakitangan yang berpengalaman dalam bidang yang berkaitan. Positive Image Resources juga cukup dikenali dan disegani diseluruh Malaysia. Sering muncul di Media Elektronik dan Media Cetak seperti akhbar dan majalah terutama yang menyentuh tentang kecantikan dalaman dan luaran. Pernah menjadi tetamu jemputan utk rancangan Wanita Hari Ini (WHI), NONA, TV3, TV1 dan juga Radio.

Sering dijemput menjadi penceramah oleh pihak-pihak tertentu samada badan kerajaan ataupun bukan kerajaan untuk memberi ceramah mengenai kecantikan dalaman dan luaran, etika, imej dan yang berkaitan. Positive Image juga telah mendapat pengiktirafan Antarabangsa dengan menerima ‘Anugerah Gatte Fosse’ daripada Institute Of Health Science.

Positive Image Resources juga telah dilantik menjadi Anchor/Mentor dibawah Program Peruncitan Bumiputra dengan usahasama MARA dalam Bidang Kecantikan dan Kesihatan dan telah menerima Watikah Anchor/Mentor yang telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia ‘Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi’.

Syarikat ini juga merupakan syarikat yang pertama yang telah mengetengahkan konsep Aura didalam bidang kecantikan. Ini kerana bidang Aura begitu luas dan telah lama digunakan untuk kecantikan. Maka, syarikat ini menggunakan insentif untuk mendalami dan menerokai didalam bidang ilmu Aura secara serius. Aura juga penting dalam kehidupan dan amat berkait rapat dengan manusia.

Positive Image Resources juga sering melibatkan diri dalam program-program amal dan juga kebajikan. Matlamat kami adalah untuk melahirkan lebih ramai wanita yang berjaya juga berketrampilan menarik serta berilmu pengetahuan yang tinggi agar disegani. Kami juga mengharapkan agar dimasa hadapan syarikat ini akan dikenali sebagai satu syarikat yang cukup sinonim dengan membina imej penampilan serta berkerjaya.

 


KAKITANGAN AURA SERI YANG MESRA
 
Juliahayyu Binti Mohamad
Pengurus Operasi Dan Perhubungan Awam
Norfarahana Binti Ghani
Eksekutif Pengiklanan
 
Zarini Binti Mohd Zain
Eksekutif Pengeluaran
Nor Shamsiah Binti Salim
Eksekutif Khidmat Pelanggan
 
Yusnita Binti Yudu
Juru Terapi Spa
Hanizawati Binti Hamat Dami
Juru Terapi Spa
   
 
   







kembali...
 


Aura Seri™ adalah tanda perniagaan berdaftar dibawah Perbadanan Harta Intelek M'sia (No Trademark: 05006572) Sebarang duplikasi atau penggunaan tanda perniagaan
Aura Seri™ dalam sebarang cara perlulah mendapat kebenaran dan adalah tertakluk kepada Trade Mark Act 1976 dan juga Trade Mark Regulation 1997
Hak Cipta Terpelihara 2005 - 2008 www.auraseri.com.my
Pengunjung sedang online: 3
Jumlah Pengunjung: