SOALAN LAZIM YANG SERING DITANYA


Di bahagian ini kami telah senaraikan di antara soalan dan jawapan yang sering ditanyakan dan dijawab mengenai produk kami iaitu Aura Seri dan Aura Genius. Ia adalah soalan-soalan lazim termasuk soalan mengenai cara-cara penggunaan produk kami ini. Sila lihat soalan dan jawapan yang telah kami sediakan.

kembali...

Soalan 1:

Bagaimanakah cara yang terbaik untuk memakai Aura Seri di wajah?

Jawapan 1:
Sebelum mnggunakan Aura Seri, anda harus basahkan seluruh wajah dengan air yang bersih. Sekiranya anda boleh mendapatkan air zam-zam atau air kelapa muda, amatlah baik sekali kerana ia dapat memberikan hasil yang lebih cepat dan baik. selepas membasahkan muka, titikkan setitik Aura Seri di tapak tangan yang basah , seterusnya gosokkan kedua-dua tapak tangan mengikut arah lawan jam sehingga terasa sedikit haba panas dan terus sapukan ke muka dari bawah ke atas. Selebihnya anda boleh sapu ke telinga, rambut dan leher. Jangan lupa disertakan denagn niat yanag positif.

Soalan 2:
Bagaimanakah cara terbaik untuk mandian Aura Seri?

Jawapan 2:
Mandian Aura Seri boleh dibuat dengan pelbagai cara. Antaranya sepanjang mandi, bilasan terakhir atau rendaman seluh badan. Untuk sepanjang mandi hanya titikkan Aura Seri di dalam kolah mandi sebanyak 5-7 titik dan anda boleh gunakannya seisi keluarga. Tetapi kekuatannya di dalam air hanya selama setengah jam.

Untuk bilasan terakhir pula, anda boleh mandi dahulu seperti biasa dan anda perlu sediakan satu baldi yang berisi air penuh dan titikkan Aura Seri sebanyak 3 titik. Anda boleh mandi seperti biasa untuk bilasan yang terakhir.

Untuk rendman pula, sekiranya ada tab mandian anda boleh berendam seperti biasa. Tetapi haruslah dititikkan Aura Seri sebanyak 7 titik ke dalamnya. Untuk lebih menarik lagi boleh di masukkan beberapa jenis bunga-bungaan segar bersamanya. Niat-niat dan pembayangan yang positif harus juga disertakan.

Soalan 3:
Bagaimanakah cara penggunaan Aura Genius pula?

Jawapan 3:
Cara penggunaan Aura Genius pula adalah sama sahaja dengan cara penggunaan Aura Seri. Ia boleh dibawa mandi, sapuan di muka dan yang lebihnya ia boleh di sapu di ubun-ubun kepala. Yang penting disertakan dengan niat.

Soalan 4:
Apakah isi kandungan Aura Seri?

Jawapan 4:
Isi kandungan Aura Seri ialah minyak pati bunga-bungaan seperti Rose, Lavender, Tea Tree, Lemon, Peppermint, Eaucalyptus dan Orange. Aura Seri dipertenagakan dengan garam kristal, campuran kristal dan tenaga bunga emas.

Soalan 5:
Apakah isi kandungan Aura Genius?

Jawapan 5:
Isi kandungan Aura Genius pula ialah minyak pati bunga-bungaan seperti basil, bergamot, rosemary dan lemon. Aura Genius pula dipertenagakan dengan Amethys Kristal dan garam kristal.

Soalan 6:
Apakah kebaikan Aura Seri?

Jawapan 6:
Aura Seri mampu menaikkan seri wajah, awet muda, memelihara kesabaran, kerohanian diri dalaman, lebih berkeyakinan, membantu tidur nyenyak, menstabilkan emosi, spiritual, mental, fizikal dan pelbagai lagi kebaikanya.

Soalan 7:
Apakah kebaikan Aura Genius?

Jawapan 7:
Aura Genius mampu mengembalikan semangat ingin belajar, menguatkan daya ingatan. Berkeupayaan berfikir yang tinggi, meningkatkan kuasa imaginasi dan visualisasi serta banyak lagi yang mampu anda perolehi dari penggunaan Aura Genius.

Soalan 8:
Bilakah waktu yang sesuai untuk menggunakan Aura Seri dan Aura Genius?

Jawapan 8:
Sebenarnya Aura Seri dan Aura Genius boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja. Tetapi pada kebiasaannya Aura Seri amat sesuai untuk dibawa mandi pada waktu pagi manakala sapuan pada wajah amat sesuai digunakan sebelum tidur. Aura Genius juga begitu.Diingatkan supaya Aura Seri & Aura Genius tidak boleh digunakan serentak kerana frekuensinya berbeza.Seeloknya jika pagi menggunakan Aura Seri malamnya gunakan Aura Genius.Terpulang kepada setiap individu.

Soalan 9:
Bagaimanakah sekiranya kita ingin menggunakan kedua-duanya sekali. Iaitu Aura Seri dan Aura Genius?

Jawapan 9:
Anda amatlah digalakkan untuk menggunakan kedua-duanya sekali. Tetapi ianya tidak boleh digunakan serentak dalam satu masa. Sebagai contoh anda boleh gunakan Aura Seri sebelum tidur dan Aura Genius pula boleh digunakan pada waktu pagi pula. Ataupun anda boleh selang selikan mengikut hari.

Soalan 10:
Adakah kesan kesan sampingan jika kita menggunakan Aura Seri dan Aura Genius?

Jawapan 10:
Terdapat juga beberapa kesan sampingan pada permulaan pemakaian. Tetapi bukan pada semua orang yang akan melaluinya. Sekiranya ianya berlaku itu disebut sebagai ‘Healing Crisis’, contoh-contoh healing crisis ialah, anda akan merasa pening kepala, terasa seperti ingin muntah, demam dan masih ada lagi beberapa kesan yang pernah dilalui oleh para pengguna. Tetapi ianya hanya sementara sahaja. Ini kerana Aura setiap orang berbeza jadi kesannya juga berbeza. Teruskan pemakaian anda pasti mendapat kesan yang positif.




Aura Seri™ adalah tanda perniagaan berdaftar dibawah Perbadanan Harta Intelek M'sia (No Trademark: 05006572) Sebarang duplikasi atau penggunaan tanda perniagaan
Aura Seri™ dalam sebarang cara perlulah mendapat kebenaran dan adalah tertakluk kepada Trade Mark Act 1976 dan juga Trade Mark Regulation 1997
Hak Cipta Terpelihara 2005 - 2008 www.auraseri.com.my
Pengunjung sedang online: 3
Jumlah Pengunjung: