Sertai senarai mel Aura Seri. Isikan emel anda.
  • Hadapan
  • Produk-Produk Aura
    • Pengenalan Kepada Aura
    • Produk Aura Seri
    • Produk Aura Genius
    • Produk Aura Seri Nur
    • Produk Aura Seri Powersalt
    • Info Tambahan Aura Seri Nur
  • Aura Seri Spa & Beauty
    • Pengenalan Kepada Aura Seri Spa
    • Program Usahawan Aura Seri Spa
    • Pakej Rawatan Spa
    • Keratan Akhbar Aura Seri Spa & Beauty
    • Talian Info Spa
  • Aura Seri Cosmetics
    • Pengenalan Kepada Aura Seri Cosmetics
    • Senarai Produk Aura Seri Cosmetics
  • Kenali Datin Ira
    • Biodata Datin Ira
    • Pencapaian Datin Ira
    • Sumbangan & Aktiviti Yang Dijalankan
  • Diari Aura

Aura Seri & Aura Genius

  • Pengenalan Kepada Aura
  • Produk Aura Seri
  • Produk Aura Genius
  • Produk Aura Seri Nur
  • Produk Aura Seri Powersalt
  • Info Tambahan Aura Seri Nur
Eksklusif Untukmu Wanita

Wanita hari ini melalui pelbagai proses kehidupan yang kompleks dan rumit. Didalam mengejar arus modenisasi dan kesamaan gender, wanita kerap kali berhadapan dengan situasi dan dilema yang banyak mengganggu emosi dan perasaan.

Akibatnya seluruh sistem tubuh akan terganggu dan wanita itu akan menanggung beban, derita emosi dan fizikal sepanjang hidupnya. Keadaan ini tidak harus dibiarkan berpanjangan. Aura Seri Nur dicipta khas bagi memenuhi keperluan wanita hari ini. Aura Seri Nur adalah Aspirasi Wanita Kini yang memerlukan perlindungan, penjana tenaga yang pantas dan efektif bagi membantu mengekalkan kestabilan kuasa feminin dan kecerdasan kerohanian seseorang wanita itu.

Cahaya diri adalah seri yang menyerlahkan kecantikan dan kelestarian seseorang wanita itu. Aura Seri Nur merupakan rahsia kesempurnaan kepada seorang wanita agar sentiasa tampil cantik berseri dan bercahaya bak mawar disirami cahaya di pagi hari.

Keajaiban Aura Seri Nur bertindak merangsang, membersih dan menjernihkan Aura yang bermasalah lalu menaikkan Seri dan Nur di wajah anda. Disamping itu ianya membantu merawat segala permasalahan dalaman kesihatan wanita. Aura Seri Nur adalah satu-satunya formula yang terbaik untuk wanita masakini. Suci semulajadi, selamat dan berkesan.

Wanita Ibarat Bunga

Aura Seri Nur diadun dari pati-pati bunga segar dan semulajadi. Sesuai dengan sifat wanita ibarat bunga, hakikatnya segala zat dan khasiat yang ada pada setiap kuntuman bunga adalah kekuatan pada seseorang wanita itu.

Aura Seri Nur mampu menjernih, menyeri dan membangkitkan aura dan karisma seorang wanita itu agar tampil lebih berkeyakinan, mudah didampingi, lebih disayangi, penampilan lebih positif, tenang, sabar dan ceria sepanjang hari. Aura Seri NUR adalah formula lengkap untuk wanita hari ini. Formula istimewa ini telah dipertenagakan hingga 1000 kali tingkatan tenaga yang mampu membuatkan pengguna merasakan perubahan sejurus menggunakannya

Kebaikan Aura Seri Nur

Berikut merupakan minyak pati bunga yang digunakan di dalam Aura Seri Nur. Disertakan juga segala kebaikan setiap bunga tersebut.



Jasmine (Jasminium Officinale)
  • Membantu menguatkan kontraksi diwaktu bersalin, mengurangkan kesakitan dan membantu meningkatkan produksi susu ibu.
  • Meningkatkan benih dan merawat ketidaksuburan.
  • Meningkatkan keyakinan, inspirasi dan intuisi.
  • Meningkatkan daya pernafasan.
  • Menembusi lapisan kerohanian dalaman, membuka rasa dan emosi.
  • Baik untuk dilema emosi terutama berkaitan perhubungan dan seksual.
  • Meningkatkan daya penarik.
Ylang-Ylang (Cananga Odorata)
  • Anti septik, anti kemurungan, menenangkan, meredakan.
  • Kesan menenangkan kepada sistem saraf.
  • Membantu mengatasi gemuruh, panik dan terkejut.
  • Membantu mengatasi perasaan rendah diri, bersalah atau cemburu.
  • Kesan keseimbangan pada sistem hormon.
  • Tonik kepada uterus (sistem peranakan).
  • Kesan keseimbangan kepada kulit berminyak atau kering.
  • Membangkitkan semangat, merangsang sistem otak tengah.
  • Merelakskan otot-otot wajah.
  • Membantu merawat PMS-Ketidakstabilan mood menjelang haid.
  • Membantu mengatasi kemurungan selepas bersalin.
Patchoulli (Posostemon Cablin)
  • Membantu merawat jangkitan yis pada faraj.
  • Membantu menyembuhkan kulit merekah, radang dan luka.
  • Membantu masalah kulit kepala berkelemumur.
  • Membantu pertumbuhan dan penggantian sel-sel baru.
  • Meningkatkan jelas dan objektif hala tuju.
  • Membantu mengawal selera oleh itu baik untuk menurunkan berat badan.
  • Menegangkan semula kulit-kulit kendur terutama selepas menurunkan berat badan atau bersalin.
  • Membantu menyingkirkan selulit dan lebihan air dalam badan.
Chammomile (Chamaemelium Nobalis)
  • Menggalakkan kitaran haid yang bagus dan membantu mengurangkan kesakitan haid.
  • Melegakan sindrom PMT dan membantu segala masalah berkenaan menopause.
  • Melegakan kesakitan otot atau saraf terutamanya berpunca dari stress.
  • Meningkatkan produksi sel putih bagi melawan jangkitan dan menguatkan sistem Immun.
  • Baik untuk mengatasi stress, emosi atau berkaitan stress yang mempengaruhi keadaan kulit.
  • Baik untuk segala permasalahan kulit.
  • Membantu keregangan kulit.
  • Membantu mengatasi berdebar-debar, ketegangan, kemarahan atau ketakutan.
  • Meningkatkan perasaan tenang, selesa dan aman.
  • Sangat baik untuk penghidap insomnia –susah tidur malam.
  • Membantu menghindari “Grumpy Mood”.
  • Baik untuk pemarah, terlalu sensitif, insomnia, kemurungan diwaktu mengandung.
Geranium (Pelargonium Graveolens)
  • Tonik pengimbang, keceriaan dan menaikkan semangat.
  • Secara tradisional ditanam sekeliling rumah untuk menghalang gangguan unsure asing.
  • Kesan keseimbangan pada system hormon.
  • Punyai kesan merangsang adrenal cortex dibahagian otak yang merembes kimia semulajadi untuk melancarkan pelepasan hormon ke seluruh tubuh.
  • Membantu mengurangkan ‘water retention’ baik untuk merawat selulit dan juga menguatkan system imun tubuh.
  • Membantu sistem pra-haid dan haid berat.
  • Kesan positif kepada sistem pernafasan .
  • Tonik untuk hati dan ginjal, membantu menyingkirkan toksin dari badan.
  • Membantu membersihkan lender pencernaan dan manjadi bantuan untuk meninggalkan ketagihan.
  • Tonik kepada sistem saraf, dapat mengurangkan kemurungan meredakan tekanan dan gemuruh.
  • Baik untuk semua jenis kulit dimana ianya mengimbangi sebum, lemak semulajadi yang menjadikan kulit gebu.
  • Pembersih kulit yang baik dan dapat menghilangkan kulit yang pucat dengan memperbaiki sistem peredaran darah.

Cara Penggunaan Asas Aura Seri Nur

Anda boleh titiskan Aura Seri NUR sebanyak 1-3 titis di telapak tangan sebelum tidur atau diwaktu pagi. Basahkan wajah anda terlebih dahulu. Setelah dititiskan dengan aromatherapy tersebut, sila gosokkan tapak tangan anda mengikut arah lawan jam. Kemudian sapu ke seluruh wajah, telinga dan leher. Biarkan sehingga kering dan tidak perlu dibilas. Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik dan cepat, anda boleh gunakan air zam-zam atau air kelapa untuk muda semasa sapuan di wajah.

Boleh juga dititiskan ke dalam kolah mandi atau di dalam baldi untuk bilasan terakhir. Titiskan 3-7 titis Aura Seri Nur ke dalam kolah mandi jika ada. Anda boleh menikmati mandian kerohanian sepanjang mandian anda. Atau anda boleh gunakan sebagai bilsan terakhir. Selepas anda mandi seperti biasa. Isikan air ke dalam baldi sehingga penuh. Kemudian titis Aura Seri NUR sebanyak 3-7 titis ke dalamnya. Jadikan mandian seperti ini sebagai amalan sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu.

Sekiranya anda mempunyai tab mandian. Anda boleh berendam di dalamnya. Hanya titiskan 3-7 titis juga ke dalam tab mandian dan anda boleh berendam selama 20 minit di dalamnya. Setiap penggunaan Aura Seri NUR ini mestilah disertakan dengan niat yang positif dan sentiasa yakin dengan niat itu.
  • Senarai Stokis
  • Hubungi Kami
  • Terma Penggunaan
  • Press Release
  • Aura Seri™ adalah tanda perniagaan berdaftar dibawah Perbadanan Harta Intelek M'sia (No Trademark: 05006572) Sebarang duplikasi atau penggunaan tanda perniagaan Aura Seri™ dalam sebarang cara perlulah mendapat kebenaran dan adalah tertakluk kepada Trade Mark Act 1976 dan juga Trade Mark Regulation 1997
    Hak Cipta Terpelihara 2005 - 2012 www.auraserinur.com.my | Designed by Khairulnizam.net